Tuesday, August 31, 2010
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 53 DI KB
Wednesday, August 25, 2010
Uwais AlQarni: Terkenal Di Langit Tak Terkenal di Bumi
rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan,
kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada
tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli
membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut
yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan,
tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan
tetapi sangat terkenal di langit.
Ramadhan 2 Zaman - The Zikr
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
untuk download... Klik Disini!!!
http://www.4shared.com/get/Q9nsB0jg/Ramadhan_2_Zaman.html
Monday, August 23, 2010
KENALI HANZALAH BIN ABU AMIR
Diantara pahlawan perang uhud yg bertempur tanpa mengenal takut adalah Hanzhalah bin Abu Amir. Ayahnya seorang fasik. Hanzalah belum lama melangsungkan pernikahan saat gemuruh pertempuran dikumandangkan. Saat itu dia masih berada dalam pelukan istrinya.
Setelah mendengar seruan jihad, dia lalu melepaskan diri dari pelukan istri. Bertempur dengan gagah berani , Hanzalah berada dibarisan paling depan. Dia menyibak barisan hingga dpt berhadapan dengan komandan pasukan musuh Abu Sufyan bin Harb. Sebenarnya dia sudah dapat menundukan Abu Sufyan namun dia ditikam dari belakang oleh Shadad bin Al Aswad hingga Hanzalah meninggal.
--------------------------------------------------------------------------------
Setelah peperangan selesai mayat hanzalah dicari kesana kemari.
Akhirnya ditemukan dlm keadaan tubuhnya berada diatas tanah yang masih basah padahal tanah disekitar nya kering dan tidak ada hujan.
Rasulullah bersabda Hanzalah sedang dimandikan malaikat, tanyakan keluarganya ada apa dengan dirinya.Setelah bertanya pada isterinya tahulah para sahabat jikalau Hanzalah masih dalam keadaan junub saat berangkat perang.
Hanzalah dijuluki sebagai ghasilul malaikat (orang yang dimandikan malaikat).
KENALI ABDULLAH BIN MAS'UD
- "Jika sekiranya aku hendak melantik seseorang bagi memegang sesuatu tugas tanpa berunding dengan kaum Muslimin yang lain maka pastilah yang aku tabalkan itu ialah Abdullah Bin Mas’ud ".
- "Aku rela kepada ummatku apa-apa yang disukai oleh Ibnu Mas’ud dan aku marah kepada ummatku apa-apa yang dimarahi olehnya.”
- “Apakah kamu sekalian mentertawakan betis Ibnu Mas’ud yang lebih berat timbangannya itu di sisi Allah dari berat Gunung Uhud?”
Abdullah Bin Mas’ud termasuk dalam barisan orang-orang Islam yang permulaan dan telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w. memasuki Darul Arqam. Berlainan dari para sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Saiyidina Abu Bakar AI Siddiq, Umar Al Khattab ataupun Uthman Bin Affan yang tergolong dari kaum bangsawan itu, sahabat Abdullah Bin Mas’ud ini berasal dari keluarga yang miskin bahkan ia sendiri asalnya adalah seorang pengembala kambing kepunyaan Uqbah Bin Abi Muith. Tetapi setelah menjadi Islam, Abdullah Bin Mas’ud telah berjaya menjadikan dirinya sebagai seorang tokoh sahabat yang terbilang, seorang besar dalam sejarah lslam yang telah menjalani hidup yang penuh kemuliaan dan kesucian. Menurut riwayatnya, ketika beliau masih kanak-kanak lagi, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan kepadanya bahawa ia kelak akan menjadi seorang guru. Dan memanglah benar terbukti di hari kemudiannya, Abdullah Bin Mas’ud telah muncul sebagai seorang guru agama yang cerdas dan bijaksana serta luas pengetahuannya.
Satu daripada keistimewaan sifat peribadi Abdullah Bin Mas’ud setelah ia memeluk Islam ialah keberaniannya memperdengarkan bacaan ayat-.ayat suci Al- Qur’an kepada kaum Quraisy yang masih musyrik walaupun perbuatannya itu ternyata membahayakan keselamatan dirinya. Para sahabat mencegahnya dari melakukan perbuatan yang nekat itu kerana bimbangkan keselamatannya. Apatah lagi bila memikirkan dirinya yang bukan berasal dari keluarga yang besar ataupun kaya. Namun kebimbangan sahabat-sahabatnya itu tidak sedikit dipedulikannya.
Ternyata pada suatu hari tatkala beliau sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an dengan lantangnya di hadapan orang-orang kafir Quraisy, beliau kesudahannya telah di keroyok lalu dipukul oleh orang-orang Quraisy itu hingga melukai bahagian muka dan mulutnya. Apakala Abdullah Bin Mas’ud kembali kepada sahabat-sahabatnya serta melaporkan apa yang telah terjadi, para sahabat mengatakan, "Inilah yang kami khuatirkan dulunya dan sekarang telah benar terjadi." Mendengar kata-kata sahabatnya itu Abdullah lalu berkata,”Kalau saudara-saudaraku kehendaki akan saya mendatangi mereka itu lagi untuk memperdengarkan ayat-ayat Allah." Demikian keteguhan pendirian Abdullah Bin Mas’ud serta kuatan imannya dalam Islam.
Abdullah Bin Mas’ud juga adalah salah seorang daripada penulis wahyu Rasulullah s.a.w. Bahkan beliau pernah mengatakan bahawa beliau telah mengambil langsung Al-Quran daripada Rasulullah s.a.w. tidak kurang dari 70 buah surah. Selain daripada itu tidak seorang pun yang dapat menandinginya dalam soal tersebut dan Rasulullah s.a.w. telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menyebarkan Al-Quran tersebut. Bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri pernah suatu ketika bersabda, "Pelajarilah Al-Quran dari empat orang", dan salah seorang daripadanya ialah Abdullah Bin Mas’ud.
Sungguh beliau telah memperoleh penghormatan di sisi baginda Rasul bukan sahaja kerana darjat keimanannya tetapi juga kerana kecerdasannya dalam ilmu Al-Quran dan Hadith serta hidupnya yang penuh soleh dan taqwa. Hubungannya dengan Rasulullah s.a. w. adalah begitu erat sekali hinggakan Abu Musa pernah menyatakan, "Saya sering melihat Nabi s.a.w. dan tidaklah aku lihat di sampingnya kecuali Ibnu Mas’ud yang telah masuk dalam keluarga Nabi."
Rasulullah s.a.w. sangat mencintai Abdullah Bin Mas’ud dan dialah satu-satunya sahabat besar yang diberi izin keluar masuk rumah Rasulullah s.a.w. Selain menjadi sahabat Rasulullah s.a.w. yang akrab, beliau juga salah seorang pembantu dan murid baginda. Beliaulah yang selalu mengikuti Rasulullah s.a.w. pergi dan mengurus terompah beliau, mengurus kain basahan di waktu Rasulullah s.a.w. mandi dan mebangunkan baginda sewaktu sedang tidur pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.
Maka yang demikian tidak hairanlah besarnya kecintaan serta kepercayaan Rasulullah s.a.w. terhadap dirinya. Sebagai menunjukkan besarnya kepercayaan baginda terhadap Abdullah Mas’ud dapat dilihat dari suatu sabda baginda di mana Rasulullah s.a.w, diberitakan bersabda, "Saya reIa kepada ummatku apa-apa yang disukai oleh Ibnu Mas’ud dan saya marah kepada ummatku apa-apa yang dimarahi olehnya.” Pada suatu ketika yang lain pula baginda bersabda lagi, "Jika sekiranya aku hendak melantik seorang bagi memegang sesuatu tugas tanpa berunding dengan kaum Muslimin yang lain maka pastilah yang aku angkat itu ialah Abdullah Bin Mas’ud."
Pernah diriwayatkan bahawa pada satu hari Abdullah Bin Mas’ud telah memanjat pokok kerana hendak mengambil buahnya untuk Rasulullah s.a.w. Melihat keadaannya memanjat itu menyebabkan para sahabat tertawa kerana geli hati mereka. Ketika itu bersabdalah Rasulullah s.a.w "Apakah kamu sekalian mentertawakan betis Ibnu Mas’ud yang lebih berat timbangannya di sisi Allah s.w.t. dari berat Gunung Uhud?"
Sebagai seorang mukmin yang ulung Ibnu Mas’ud telah menyertai Rasulullah s.a.w. dalam berbagai peristiwa besar yang terjadi di zaman baginda. Beliau ikut hijrah ke Madinah bahkan menyertai Rasulullah s.a.w. dalam semua peperangan yang disertai baginda seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan lain-lain lagi. Abdullah Bin Mas’ud yang tidak dianggap segigih seperti Saiyidina Ali Bin Abu Talib r.a. atau Khalid Bin Wahid, telah berjaya membunuh Abu Jahal, musuh Islam yang terkenal itu dalam Perang Badar. Tatkala beliau menyatakan berita gembira itu kepada Rasulullah s.a.w. maka baginda lantas bersabda, "Demi Allah, yang tidak ada Tuhan kecuali la, apakah benar engkau telah membunuh Abu Jahal?” Maka jawabnya, "Ya, sungguh benar." Sungguh gembira.sekali Rasulullah s.a.w. apakala didapatinya memang benar bahawa Abdullah Bin Mas’ud telah membunuh musuh Islam yang zalim itu.
Tatkala melihat tubuh Abu Jahal yang telah kaku itu Rasulullah s.a.w. pun bersabda, "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menghina engkau hai Abu Jahal di dunia ini. Engkau adalah merupakan Fir’aun dari ummat ini." Kemudian setelah habis berkata-kata itu Rasulullah s.a.w. pun menyerahkan pedang Abu Jahal kepada orang yang membunuhnya iaitu Abdullah Bin Mas’ud.
Setelah Rasulullah s.a.w. wafat dan pucuk pemerintahan ummat jatuh ke tangan Saiyidina Abu Bakar AI Siddiq dan kemudiannya ke tangan Saiyidina Umar Al Khattab r.a., Abdullah Bin Mas’ud telah memperoleh penghormatan sebagaimana yang dinikmatinya di zaman Rasul. Ketika Saiyidlna Umar Al Khattab r.a. akan mengangkat seorang guru agama untuk daerah Kufah yang akan memberikan pelajaran-pelajaran agama kepada penduduknya, baginda telah menunjuk Abdullah Bin Mas’ud.
Apabila Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. menjadi Khalifah, Abdullah Bin Mas’ud masih tetap tinggal di Kufah sebagai ahli membaca Al-Quran dan ahli meriwayatkan Hadith di samping guru agama yang terbilang. Di zaman Saiyidina Uthman r.a. inilah telah berlaku suatu perselisihan faham antara baginda dengan Ibnu Mas’ud berpunca dari tindakan khalifah Uthman r.a. terlupa untuk mendudukkan Ibnu Mns’ud sebagai salah seorang anggota panitia mengumpulkan naskah-naskah Al-Quran. Perkara itu hampir-hampir telah dipergunakan oleh musuh-musuh
Sunday, August 15, 2010
KENALI ANAS BIN MALIK
Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori agak tidak asing sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan Hadith. Namun siapakah Anas Bin Malik ini? Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi hadith di zaman Rasullullah dan bagaimana kehidupan Anas bin Malik semasa zaman rasullullah. Ada kajian dan pengiraan yang menyatakan bahawa Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadith sepanjang kehidupan bersama Rasulullah.
Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Anas bin Malik adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah.
Bagaimana Anas Bin Malik menjadi sangat rapat dengan Baginda Rasulullah?
Kisahnya begini…
Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota makkah. Seperti menunggu sesuatu cahaya dan berharap cahaya ini segera datang dan muncul. Ada rasa cemas dipancaran mata setiap mereka. Ada rasa yang hendak membuncah. Rasa yang tak dapat diterka. Berbahagia atau sebaliknya.
Sesaat kemudian. Tiba-tiba semua orang melompat kegirangan,tua, muda dan anak anak. Semua bergembira. Ditengah mereka seorang ibu bergegas membawa putra ingusannya menuju kerumunan orang banyak. Semua berlomba dan berlari agar mendapat tempat dimana mereka dapat melihat sosok itu sepuas-puasnya. Tak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan yang lain agar mendapat tempat didepan.
Semua orang lantas berlumba memberikan hadiah terbaik mereka untuk Rasulullah yang mulia. Ummu Sulaym yang hidup miskin ditinggal suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin sekali memberikan hadiah buat Rasulullah tercinta. Lantas Anas bin Malik mendatangi kediaman rasulullah saw dengan membawa putera yang satu-satunya. “wahai rsulullah ,,,Tidak ada di madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka yang memberimu hadiah, dan sungguh saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini, bawalah ia agar bisa mengkhidmah engkau” ucap Ummu Sulaym berlinang bahagia. Rasulullah saw tersenyum bahagia dan mengusap kepala Anas kecil dan memeluknya.
Semenjak itu Anas kecil senantiasa bersama Rasulullah saw setiap masa di mana jua. Dan Anas bin Malik hidup bersama Rasulullah saw selama sepuluh tahun. Inilah detik dan saatnya, Anas bin Malik menjadi pembantu pemimpin dunia iaitu apabila tibanya Rasullullah di Madinah, ibunya mengarahnya berkhidmat kepada Rasullullah. Ketika ini Anas bin Malik berumur 10 tahun dan apabila Baginda rasullullah wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun Anas bin Malik mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda apabila Anas bin Malik sendiri mengekori rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi.
Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik
Berdasarkan pengalaman Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang menjadi pembantu Rasullullah yang diarahkan ke pasar. Ketika mendapati Anas kecil yang lalai mengerjakan tugasnya, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah marah. Namun beliau malah tersenyum. Berikut penuturan Anas:
Anas bin Malik berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus Nabi untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sadar, ada seorang berdiri memperhatikan di belakangku dan memegang pundakku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tersenyum kepadaku lalu berkata, ‘Wahai Unais apakah engkau telah mengerjakan perintahku?’ Aku pun bingung dan berkata, ‘Ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!’ Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, ‘mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?’”.
Unais bermaksud Anas kecil yang diberikan oleh rasullullah kepada Anas. Apa yang dapat kita gambarkan mengenai sifat Rasullullah ini? Seorang yang mulia akhlaknya. Maka hari ini bukan setakat penyakit keturunan adalah “genetik” yang heboh diperdebatkan, malahan akhlak dan peribadi jua adalah salah satu permasalah genetik yang paling sedikit kita persoalkan. Melalui pengalaman yang lalui sendiri, dalam kehidupan kita lihat bagaimana bapa yang pemarah dan bengis, sedikit sebanyak akan mempunyai kesan mental terhadap anaknya yang bakal mewarisi sifat yang sama. Bezanya penyakit genetik ini adalah ia dapat diubah melalui tarbiah jiwa dan rohani. Melihat akhlak Rasulullah yang mulia memberi kesan yang mendalam kepada Anas Bin Malik sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadith.
Apatah lagi memiliki ibu iaitu Ummu Sulaym yang mempunyai kekuatan iman yang hebat. Beberapa kisah yang menyatakan betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan Ummu Sulaym. Antaranya adalah kesanggupannya untuk menyerahkan putera tunggalnya Anas Bin Malik ini untuk berkhidmat kepada Rasullullah. Seorang ibu yang yakin bahawa anaknya akan menjadi orang yang hebat apabila duduk dan bersama dengan orang yang hebat. Peristiwa lain yang memperlihatkan kekuatan iman Ummu Sulaym ini berdasarkan peristiwa beliau dilamar oleh Abu Talha yang merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di kalangan penduduk Madinah tetapi belum lagi memeluk Islam. Yang jelas kita nampak pada kekuatan iman Ummu Sulaym apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta Abu Talhah tetapi pada keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan.
Kehidupan Anas selepas wafatnya rasullullah
Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara orang yang sangat sedih. Menjadi pembantu persendirian kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Beliau kemudiannya berpindah menjadi ambassador umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah. Beliau adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umurnya, dan hidupnya menjangkaui usia 100 tahun lebih. Beliau mempunyai banyak zuriat yang kebanyakannya menetap di Basrah
KHADAM NABI SAW
~Anas Bin Malik
~Hindun Bin Harithah
~Asma’ Bin Harithah
~Rabia’h bin Kaab Al-aslami
~Abdullah Bin Mas’ud
~Uqbah Bin Aamir
~Bilal Bin Rabah
~Saad bekas hamba kepada Abu Bakr
~Zu Mikmar
~Bukair Bin Shaddak
~Abu Zar Al-Ghifari
~Al-Asla’ Bin Syarik
~Muhajir bekas hamba kepada Ummu Salamah
~Abu Samhi
Semoga Allah meredhai mereka semua di atas jasa mereka menjaga dan berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. Kesemua mereka ini menjadikan urusan Baginda s.a.w menjadi mudah.
Wednesday, August 11, 2010
PENJELASAN HADIS BERMAAF-MAAFAN SEBELUM RAMADHAN
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Ulasan 1
Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya.
Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:
1- Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama' Hadis yang muktabar.
2- Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
3- Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.
Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya.
Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada 'hadis' tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan.
Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW. Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.
(Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)
Wallahua'lam. Sekian, terima kasih.
Tuesday, August 10, 2010
MUTIARA IMAN: MARHABAN YA RAMADHAN!
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkanatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(Surah Al-Baqarah: 184)
ULASAN AYAT :
1. Ayat ini adalah ayat perintah yang telah disyariatkan kepada seluruh ummat Islam supaya berpuasa sebagaimana yang telah disyariatkan kepada ummat sebelumnya.
2. Puasa yang telah disyariatkan ini merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang islam. Tuntutan perlaksanaannya tidak gugur melainkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh Islam.
3. Puasa yang diwajibkan adalah pada Bulan Ramadhan, justeru kita sudah pun berada di ambang bulan Ramadhan, kita bakal menjelajah ke dalam sebuah bulan yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT khas kepada ummat Muhammad.
4. Ramadhan adalah bulan ibadah, setiap amalan dilipat gandakan ganjaran, bulan yang mempunyai kelebihan dan keutamaan yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Apabila masuk sahaja pada bulan Ramadhan, maka syaitan di belenggu, rahmat ALLAH terbentang luas, doa-doa diterima, pintu syurga terbuka luas, pintu neraka ditutup rapat, mereka yang berada di kubur semua berehat dan yang paling istimewa di dalam satu malam ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
5. Justeru, sama-sama kita raikan Ramadhan dengan penuh kegembiraan, hidupkan Ramadhan dengan amal ibadah tanpa kita sia-siakannya walau sedetik. Mulakan dengan niat ikhlas, moga ALLAH mengurniakan kepada kita hati yang ikhlas untuk beribadah, puasa yang diterima, anggota yang ringan dalam melakukan amal, moga ALLAH menerima segala amalan kita...WALLAHU’ALAM.
SELAMAT DATANG WAHAI RAMADHAN YANG MULIA, KAMI MENANTI KEHADIRANMU DENGAN PENUH RINDU UNTUK MERAIKANMU DENGAN AMALAN SOLEH...Selamat berterawih, bersahur, berpuasa dan beribadah untuk semua..
Tuesday, August 3, 2010
NAMA 'MUHAMMAD' ALI DIMULIAKAN DI HOLLYWOOD OF FAME
Apa yang lebih menariknya disini adalah pasti anda tidak akan menjumpai 'bintang' lagenda seorang ahli sukan yang hebat iaitu Muhammad Ali. Dimanakan Bintangnya?
Pada tahun 2002, Walk of Fame memecahkan tradisinya terhadap bintang Muhammad Ali diletakkan di dinding Kodak Theatre atas permintaan Ali sendiri yang tidak mahu nama 'Muhammad' itu sendiri dipijak dilaluan tersebut kerana mengagungkan Nabi Muhammad SAW.
Hebat bukan??? Orang 'kafir' pun ikhtiraf Nabi... ini kite orang lahir-lahir Islam pun xnak ikut Nabi... apa cite???