Monday, July 2, 2012

Hadis Al Bukhari : Syaaban & Malam Nisfu Syaaban

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah r.a. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Baginda s.a.w. berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w. berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadhan. Aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

NISFU SYA'ABAN... SUATU PERBAHASAN

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

Wednesday, August 10, 2011

7 GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI PADANG MAHSYAR

:عَنْ أَبِي  هُرَيْرَةَ  رَضِيَ  اللَّهُ عَنْهُ   عَنِ  النَّبِيِّ  صَلَّى   اللَّهُ   عَلَيْهِ    وَسَلَّمَ

 سَبْعَةٌ  يُظِلُّهُمُ  اللَّهُ يَوْمَ  الْقِيَامَةِ  فِي ظِلِّهِ يَوْمَ  لَا  ظِلَّ   إِلَّا     ظِلُّهُ



إِمَامٌ  عَادِلٌ   وَشَابٌّ  نَشَأَ  فِي عِبَادَةِ  اللَّهِ وَرَجُلٌ  ذَكَرَ  اللَّهَ   فِي    خَلْوَةٍ

فَفَاَضتْ عَيْنُهُ  وَرَجُلٌ   قَلْبُهُ  مُعَلَّقٌ فِي  الْمَسَاجِدِ  وَ   رَجُلَانِ  تَحَابَّا   فِي

 اللَّهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ  وَ   تَفَرَّقَا   عَلَيْهِ  وَ رَجُلٌ   دَعَتْهُ   اِمْرَأَةُ  ذَاتُ    مَنْصِبٍ

وَ جَمَالٍ  إِلَى نَفْسِهَا  :  فَقَالَ   إِنِّي  أَخَافُ  اللَّهَ وَ  رَجُلٌ  تَصَدَّقَ     بِصَدَقَةٍ

 فَأَخْفَاهَا  حَتَّى  لَا    تَعْلَمَ شِمَالُهُ  مَا صَنَعَتْ  يَمِيْنُهُ

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Monday, August 8, 2011

Kezuhudan Sebahagian Sahabat ra.

Kezuhudan Abu Bakar


Ahmad mengeluarkan dari Aisyah r.ha, dia berkata, "Abu Bakar meninggal dunia tanpa meninggalkan satu dinar maupun satu dirham pun. Sebelum itu dia masih memilikinya, namun kemudian dia mengambilnya dan menyerahkannya ke Baitul-mal." Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Kanzu, 3/132.

Kisah Sa'id bin Amir bin Huzaim Al-Jumahy

Abu Nu'aim mengeluarkan dari Khalid bin Ma'dan, dia berkata, "Umar bin Al-Kbaththab ra. mengangkat Sa'id bin Amir bin Huzaim ra. sebagai amir kami di Himsh. Ketika Umar datang ke sana, dia bertanya, "Wahai penduduk Himsh, apa pendapat kalian tentang Sa'id bin Amir, amir kalian?" Maka banyak orang yang mengadu kepada Umar ra. Mereka berkata, "Kami mengadukan empat perkara. Yang pertama karena dia selalu keluar rumah untuk menemui kami setelah hari sudah siang.' Umar ra. berkomentar, "Itu yang paling besar. Lalu apa lagi?' Mereka menjawab, "Dia tidak mau menemui seseorang jika malam hari." "Itu urusan yang cukup besar," komentar Umar ra. Lalu dia bertanya, "Lalu apa lagi?" Mereka menjawab, "Sehari dalam satu bulan dia tidak keluar dari rumahnya untuk menemui kami." "Itu urusan yang cukup besar," komentar Umar ra. Lalu dia bertanya, "Lain apa lagi?" Mereka menjawab, "Beberapa hari ini dia seperti orang yang akan meninggal dunia."

Abdullah bin Abbas Bercerita

Kemuliaan Beberapa Sahabat Nabi SAW


Thabarani telah mengeluarkan dari Rib'i bin Hirasy, Sekali peristiwa telah datang Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas) ra. meminta izin menemui Mu'awiyah ra. dan beberapa orang tokoh kaum Quraisy sedang berada di sisi Mu'awiyah, dan Said bin Al-Ash duduk di sebelah kanannya. Apabila Abdullah bin Abbas masuk ke majlis Mu'awiyah itu, dia berkata kepada Said bin Al-Ash: Hai Said! Demi Allah, aku akan kemukakan beberapa masalah kepada Ibnu Abbas ini yang dapat menjadikannya serba salah untuk menjawabnya. Jawab Said: Orang seperti Ibnu Abbas ini, tidak ada apa pun yang dapat menahannya daripada menjawab pertanyaan-pertanyaanmu itu!

Keberanian Hamzah bin Abdul Mutthalib ra.

Thabarani telah mengeluarkan dari Al-Harits At-Taimi dia berkata: Adalah Hamzah bin Abdul Mutthalib ra. pada hari pertempuran di Badar membuat tanda dengan bulu burung Na'amah (Bangau). Sesudah selesai peperangan, maka seorang dari kaum Musyrikin bertanya: Siapa orang yang bertanda dengan bulu burung Na'amah itu? Maka orang berkata: Dialah Hamzah bin Abdul Mutthalib. Sambut orang itu lagi: Dialah orang yang banyak memalu kita di dalam peperangan itu.


(Majma'uz Zawa'id 6:81)