Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Kek Coklat lembap


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 ½ cawan gula ( di kisar )
1 cawan air sejuk/ais
5 biji telur ayam ( gred a )
250 gram butter 1 camca baking powder
1 camca soda bikarbonat
3 camca susu pekat ( di bancuh dgn air ais )
1 camca essen vanilla

Cara:
1.Tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat, dan serbuk koko di ayak bersama-sama.
2.Putar butter bersama gula hingga menjadi kembang dan berwarna putih gebu.
3.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis.Putar lagi sehingga bahan-bahan tadi menjadi lebih kembang dan sebati.
4.Selepas itu masukkan pula bahan-bahan yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit bersalang-seli dengan air sejuk/ais yang telah di bancuh dengan susu pekat tadi.Putar hingga sebati.
5.Masukkan adunan tadi ke dalam bekas pembakar dan bakar di atas dapur gas dengan menggunakan periuk kek.

Tuesday, April 13, 2010

Puding Roti



Bahan-Bahan
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara Penyediaannya
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Tuesday, April 6, 2010

Sotong Masak Kunyit lak



Bahan-bahan ( 4 orang makan )
4-5 ekor sotong - bersihkan dan dipotong
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukupnya
serbuk lada secukupnya
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat2
hirisan cili merah secukupnya
minyak utk menumis
Cara-cara Sotong tadi digaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada. Kalau boleh jangan bagi sotong berair sangat. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Bila dah panas, tumis bawang putih sampai naik bau.
Masukkan sotong dan kacau sebentar. Kalau rasa nak tambah kuah, masukkan sedikit air. Tapi air dari sotong tu akan keluar jugak so agak2 byk mane nak tambah air.
Masukkan bawang besar and hirisan cili merah. Tambah kan garam jika perlu. Tak perlu masak lama sgt, nnt sotong jadi keras.
Siap dan hidangkan.

Monday, April 5, 2010

Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus


Mungkin inilah puding yang sedap dan paling mudah nak dibuat. Bahan-bahannya murah dan mudah didapati. Cara membuatnya juga mudah. Sesuai untuk dijadikan bahan hidangan oleh para gadis untuk menjamu bakal mertua. Sebabnya ialah ia gerenti jadi punyalah, insya’allah. Kata orang Johor, kalau tak jadi juga, bukan salah bahan-bahannya, tapi sebab salah tangan tak bedung!. Hehehe… Inilah resepi canggih tu;

Bahan-bahan

Telur (saiz besar) 7 biji
Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
Gula Pasir 3 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Tepung Kastard 2 sudu besar
Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Cara membuatnya

Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
... Sape yek dulu suke buat kuih nie???....