Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

10 Tahun tempoh Naik Haji


Lembaga Tabung Haji dijangka memendekkan tempoh menunggu untuk menunaikan haji daripada 20 tahun kepada 10 tahun menjelang Jun ini.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sasaran itu adalah antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Tabung Haji berusaha mencari jalan memendekkan tempoh pendaftaran menunaikan haji.
Menurutnya, Tabung Haji turut berusaha mendapatkan kuota bagi menambah jumlah jemaah haji.
Dipetik Utusan Malaysia, beliau berkata warga emas berusia 75 tahun ke atas dan orang kurang upaya diberi keutamaan untuk menunaikan haji bersama mahram mereka.
Jamil menambah, pihaknya telah meletakkan 10 KPI kepada semua agensi untuk tahun ini dan berharap ia menepati sasaran yang ditetapkan.
Beliau juga menyentuh tentang 34,000 guru Kurikulum Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) yang disasarkan memasuki Skim Perkhidmatan Guru Kafa pada November ini.
Katanya, Kafa mempunyai dua KPI, pertama mewujudkan skim guru Kafa dan kedua menetapkan gaji melepasi paras kemiskinan sebanyak RM720 daripada RM500.
Keadaan ini, katanya, wujud kerana terdapat guru yang mengajar di sekolah biasa di sebelah pagi dan menjadi guru Kafa di sebelah petang dan apabila skim ini diwujudkan tidak semua boleh mengikuti satu skim dalam satu-satu masa.
Justeru, kata beliau, Makmal KPI 2010, Menteri JPM sedang mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah 34,000 guru Kafa di mana 40 peratus mempunyai tugas kedua.

Wednesday, April 7, 2010

Makin ramai wanita merokok percaya boleh kuruskan badan


Kadar peningkatan bilangan wanita yang merokok sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Antara sebab yang menjadikan bilangan perokok wanita semakin bertambah adalah kerana percaya bahawa dengan merokok, ia mampu mengawal berat badan selain untuk menguruskan badan.

“Mengikut kajian yang kita buat, memang kebelakangan ini bilangan penghisap rokok di kalangan wanita meningkat dan ini satu trend yang membimbangkan.


“Tanggapan menyatakan bahawa menghisap rokok ini dapat kuruskan badan adalah tidak berasas,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang ingin tahu mengenai trend wanita merokok yang dilihat semakin meningkat kebelakangan ini.

Liow berkata wanita yang mempunyai kepercayaan sedemikian seharusnya merujuk kepada klinik atau hospital bagi mendapatkan bimbingan kaunseling yang lebih tepat mengenai kesan buruk daripada tabiat tersebut terhadap kesihatan.

Menjawab soalan asal Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai langkah mengatasi kegemukan melampau yang menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit, beliau berkata jururawat dan penolong pegawai perubatan juga telah diberikan kuasa untuk memainkan peranan memberikan perkhidmatan kaunseling diet pemakanan dan aktiviti fizikal kepada orang ramai.

“Kita tidak lagi menghadkan aktiviti memberi kaunseling kepada pegawai perubatan sahaja seperti sebelum ini bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan berkaitan pengurangan berat badan di klinik kesihatan kerajaan,” katanya.

Katanya langkah lain ialah dengan melibatkan penempatan 172 pakar perubatan keluarga di 151 klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.

“Ini bagi membolehkan individu obes yang turut mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan jantung mendapatkan rawatan pakar dengan mudah,” katanya.

Sunday, April 4, 2010

Umur sara wajib sektor awam 60 tahun?


KUALA LUMPUR, 5 April — Umur persaraan wajib kakitangan awam yang kini 58 tahun kemungkinan dilanjutkan dua tahun lagi jika menerima persetujuan kedua-dua pihak kerajaan dan kesatuan sekerja.
Jika adanya keputusan itu bermakna kerajaan pusat mengkaji semula soal itu buat kali ketiga dalam lima tahun lalu.
Difahamkan kerajaan sedang menghalusi perkara ini atas pertimbangan kewangan dan sosial termasuk melanjutkan peluang pekerjaan kepada kakitangan awam.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam sudah memulakan perbincangan ke arah itu awal tahun ini.
Kedua-dua pihak dijangka menyentuh isu yang sama pada pertemuan susulan mereka di Putrajaya, hari ini.
Saiz kakitangan awam di Malaysia adalah seramai 1.2 juta orang dengan hampir 40 peratus merupakan kaum pendidik.
“JPA dan Cuepacs sudah memulakan perbincangan menyentuh cadangan menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
“Dan, sudah ada bayangan untuk dilanjutkan umur bersara wajib di pihak kerajan tetapi belum ada kata putus muktamad. Kami berharap akan ada perkembangan positif dalam pertemuan kali ini (hari ini),” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Cuepacs dikatakan tiada masalah jika umur persaraan sekarang dikaji semula.
Malah Cuepacs sendiri pernah mengemukakan memorandum agar umur persaraan dinaikkan menjadi 60 tahun sebagaimana diamalkan di beberapa negara asing.
Kerajaan menaikkan umur persaraan wajib ke paras semasa mulai Julai 2008.
Sumber juga memberitahu kerajaan kemungkinan bersetuju dengan idea dinaikkan had umur persaraan kerana ia boleh menjimatkan pembayaran wang gratuiti.
“Dari sudut itu saya yakin akan ada lampu hijau daripada kerajaan agar umur persaraan dikaji dan dinaikkan,” katanya
Baru-baru ini JPA mengeluarkan arahan bahawa mereka yang memutuskan untuk bersara secara pilihan tidak akan dibayar wang gratiuti sepenuhnya.

Friday, April 2, 2010

Voluntary Separation Scheme (VSS)???

Nowadays, there are a lot of companies that engage themselves in Voluntary Separation Scheme (VSS). Here is the big question, what is VSS and is it a right approach to be adopted by the companies and organization all over the world?

Voluntary Separation Scheme (VSS) is a scheme where employees are allowed to resign voluntarily from companies or organizations by receiving fair compensation. The purpose of companies implementing VSS is to cut down the number of employees working in the companies so that the overhead cost especially staff cost can be reduced. The employees will be given a reasonable compensation to resign from the company.

Normally, the companies choose not to fire their employees in order to reduce the number of employees. It is because firing employees will lead to a bad reputation to the companies. Before implementing Voluntary Separation Scheme (VSS), the companies need to get approval from the government. One of the criteria the government considers in approving VSS is that the company is not making or losing money for a long period of time. By doing this, the government can ensure that the companies are not using VSS for their selfish gain.

Voluntary Separation Scheme (VSS) is one of the alternatives for companies to cut down the overhead cost. However, there are people claiming that VSS is not an appropriate action for the companies to cut down their cost. It is mainly because some of the organizations abuse the usage of VSS for their selfish gain. These irresponsible organizations might use VSS in order to facilitate the restructure of the organization. Some companies retrenched workers not because of the economic slowdown but to facilitate the relocation of their operations to countries offering them tax-free status. It shows that there are some companies use VSS not to cut down the cost but for other purposes.

... letih gua karang omputeh...

25 April Pilihan Raya P94


PUTRAJAYA, 2 April — Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang kosong sejak Khamis lalu dan bakal menyaksikan saingan sengit, akan berlangsung pada 25 April.

Penamaan calon akan diadakan pada 17 April.

Tarikh pilihan raya kecil ini yang pertama bagi Selangor sejak 8 Mac 2008 diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat panel sebentar tadi.

Pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Discover the New Dell™ Inspiron™ 14 at PIKOM PC Fair 2010!


Beliau menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi.

Abdul Aziz berkata pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac lalu.

Katanya, SPR juga menetapkan tarikh hari ini sebagai tarikh keluar writ manakala notis akan dikeluarkan pada Isnin ini.

“SPR telah dimaklumkan secara rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan itu pada 29 Mac lepas dan selepas meneliti notis pemakluman oleh Speaker Dewan Rakyat, SPR telah memutuskan bahawa kekosongan kerusi P.094 berkuat kuasa pada 26 Mac,” katanya.

Tuesday, March 30, 2010

Sampai bila harus begini?

Mayat janin dalam balang gula-gula


KUALA LUMPUR 30 MAC- Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.
Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini.
Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam.
_________________________________________________
Isu buang bayi yang semakin menular hari ini, kononnya mendapat perhatian sesetengah pihak. Namun, ia tidak seperti yang diwar-warkan. Ia hanyalah gimik semata-mata. Ia berdasarkan beberapa bukti :

1. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu penzinaan tidak pula dilihat.

2. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu pembunuhan manusia tidak diselesaikan dengan cara Islam.

3. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan undang-undang Islam masih lagi diketepikan.

4. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan institusi pelacuran masih hidup

5. Dan banyak lagi.

Monday, March 29, 2010

KFH, PM bincang tambah pelaburan



KUALA LUMPUR 29 Mac - Delegasi tertinggi Kuwait Finance House (KFH) Group mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang mengenai pertambahan pelaburan firma kewangan itu di Malaysia.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohammed Sulaiman Al Omar.

Perbincangan melibatkan pelan KFH untuk mempelopori penubuhan universiti bertaraf dunia di Medini Iskandar, Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia).

Mohammed Sulaiman berkata, KFH Group komited memainkan peranan penting dalam membangunkan projek hartanah di rantau Asia-Pasifik dan juga memperkenalkan produk inovasi kewangan Islam.

''Sebagai bank Islam kedua terbesar di dunia, KFH mengukuhkan komitmen kepada strategi perniagaan dengan mengambil kesempatan terhadap peluang di Malaysia dan menjadi rakan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

''Kami juga teruja dan berminat dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan Perdana Menteri. KFH akan selalu menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian kewangan berasaskan syariah untuk perniagaan serta pelaburan dan kami kekal positif terhadap tinjauan Malaysia,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Pada 2005, KFH Group telah menubuhkan Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd. (KFHMB) yang merupakan bank Islam asing pertama diberikan lesen di Malaysia.

Tambah Mohammed Sulaiman, visi KFH adalah menjadikan Malaysia sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan di rantau Asia Pasifik.

Pada 2008, KFHMB mengetuai konsortium untuk melabur hampir AS$329 juta (RM1.08 bilion) di Medini Iskandar melalui Medini Central Sdn. Bhd.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KFHMB, Jamelah Jamaludin berkata, pihaknya berada di kedudukan terbaik untuk menerima manfaat daripada suasana ekonomi yang semakin pulih.

''Di peringkat dalaman, kami fokus untuk meningkatkan kebolehan pengurusan risiko dan memberi tumpuan semula terhadap strategi perniagaan dan pelaburan.

''Modal yang bersamaan dengan AS$650 juta (RM2.15 bilion) menjadikannya bank Islam terbesar di Malaysia daripada segi modal dan menyediakan peluang kami untuk mengembangkan portfolio,'' katanya.

... kite tumpang seronok....

Kalau Kelantan boleh kenapa negeri lain x boleh?


Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.



...utk lelaki/ remaja bujang...


...utk gadis/ remaja wanita...

...utk keluarga...

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.














...kan cantik wajib pakai tudung ngan sarong tangan ...

Thursday, March 25, 2010

Demo Di Kedutaan Sweden

Fuhh.. panas sungguh ikut Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden di ibu negara bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW. Nasib baik boss paham dia bagi green light masuk lambat sikit lepas solat jumaat.

baru nak mulakan perarakan drp Masjid Tabung Haji

sekitar 2k-3k org yg turut serta

Berhimpun di kedutaan Sweden di Bgnn OSK

Monday, March 22, 2010

Latihan Praktikal tak comprehensif?


Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pelajar terbabit bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat persediaan memasuki pasaran kerja.

... ke budak yang buat practical kat Ijarah yang gie report.. ye la report kat Pn Aini pasal tak puas hati ngan sorang Manager baru tue... xde actions taken... naik pangkat lagi ade... terus gi report kat MEF....
...yang manager tue pun satu... sian le budak tue... name pun budak... saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ...

Monday, March 15, 2010

cuti bersalin 90 hari...???

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyokong permintaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang mahukan kerajaan menambah bilangan hari cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.
Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan akan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memastikan saranan tersebut dapat direalisasikan.
"Memang wujud kekangan daripada pihak majikan jika perkara ini direalisasikan tetapi mereka (majikan) perlu lihat perkara ini dari sudut positif.
"Ini kerana jika tempoh cuti ini dipanjangkan, mereka sebenarnya menggalakkan para ibu menyusu sendiri bayi mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko bayi sakit," katanya.
Selain itu, beliau berkata perkara tersebut turut memberi kelebihan kepada majikan apabila tempoh cuti bersalin selama 90 hari itu mampu mengembalikan keyakinan pekerja mereka untuk meninggalkan bayi masing-masing di rumah dan kembali bekerja dengan lebih efisien.


"Tetapi para ibu juga perlu sedar tempoh tiga bulan tersebut bukan tempoh untuk mereka 'berbulan madu' sebaliknya gunakan ia untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan bayi mereka," katanya.

Apa lagi... cepatlah rebut peluang nie...

Thursday, March 11, 2010

BLR naik 5.8%

Pada mesyuaratnya 4 Mac 2010, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus. Kadar terendah dan tertinggi koridor OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2 peratus dan 2.50 peratus. Maka secara puratanya bank-bank di Malaysia telah menaikkan BLR kepada 25 mata asas.

Semua bank di Malaysia (termasuk Agrobank) telah mengumumkan kenaikkan BLR mereka kepada 5.80% daripada 5.55%.


Jadi kepada rakyat Malaysia yang nak beli kereta Malaysia (Proton/ Perodua) secara automatik interes rate naik kepada 4.0 plus plus... kalu dulu kereta Malaysia 3.75% so now 4.0++% . Yang pakai loan conventional pulak monthly pmt naik le sikit...

* Ijarah profit charges tak naik ke?