Monday, April 12, 2010

Rules from Bill Gates

To anyone with kids of any age, here's some advice. Bill Gates recently gave a speech at a High School about 11 things they did not and will not learn in school. He talks about how feel-good, politically-correct teachings created a generation of kids with no concept of reality and how this concept set them up for failure in the real world. Love him or hate him, he sure hit the nail on the head with this.

Rule 1: Life is not fair - get used to it.

Rule 2: The world won't care about your self-esteem. The world will expect you to accomplish something BEFORE you feel good about yourself.

Rule 3: You will not make $60,000 a year right out of high school. You won't be a vice-president with a car phone until you earn both.

Rule 4: If you think your teacher is tough, wait till you get a boss.

Rule 5: Flipping burgers is not beneath your dignity. Your grandparents had a different word for burger flipping - they called it opportunity.

Rule 6: If you mess up, it's not your parent's fault, so don't whine about your mistakes, learn from them.

Rule 7: Before you were born, your parents weren't as boring as they now are. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites your parent's generation created, try delousing the closet in your own room.

Rule 8: Your school may have done away with winners and losers, but life HAS NOT. In some schools they have
abolished failing grades and they'll give you as MANY TIMES as you want to get the right answer. This does not bear the slightest resemblance to ANYTHING in real life.

Rule 9: Life is not divided into semesters. You don't get summers off and very few employers are interested in helping you FIND YOURSELF. Do that on your own time.

Rule 10: Television is NOT real life. In real life people actually have to leave the coffee shop and go to jobs.

Rule 11: Be nice to nerds. Chances are you'll end up working for one.

Sunday, April 11, 2010

Ingat Sata Ingat Mok Naa

Sabtu baru nie pergi ke Kuantan atas urusan 'kerja'... habis je 'kerja' terus ajak budak-budak pekena sata... kat mane lagi kalau bukan kat Mok Naa...

pergi time tghr hari...



Thursday, April 8, 2010

10 Tahun tempoh Naik Haji


Lembaga Tabung Haji dijangka memendekkan tempoh menunggu untuk menunaikan haji daripada 20 tahun kepada 10 tahun menjelang Jun ini.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sasaran itu adalah antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Tabung Haji berusaha mencari jalan memendekkan tempoh pendaftaran menunaikan haji.
Menurutnya, Tabung Haji turut berusaha mendapatkan kuota bagi menambah jumlah jemaah haji.
Dipetik Utusan Malaysia, beliau berkata warga emas berusia 75 tahun ke atas dan orang kurang upaya diberi keutamaan untuk menunaikan haji bersama mahram mereka.
Jamil menambah, pihaknya telah meletakkan 10 KPI kepada semua agensi untuk tahun ini dan berharap ia menepati sasaran yang ditetapkan.
Beliau juga menyentuh tentang 34,000 guru Kurikulum Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) yang disasarkan memasuki Skim Perkhidmatan Guru Kafa pada November ini.
Katanya, Kafa mempunyai dua KPI, pertama mewujudkan skim guru Kafa dan kedua menetapkan gaji melepasi paras kemiskinan sebanyak RM720 daripada RM500.
Keadaan ini, katanya, wujud kerana terdapat guru yang mengajar di sekolah biasa di sebelah pagi dan menjadi guru Kafa di sebelah petang dan apabila skim ini diwujudkan tidak semua boleh mengikuti satu skim dalam satu-satu masa.
Justeru, kata beliau, Makmal KPI 2010, Menteri JPM sedang mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah 34,000 guru Kafa di mana 40 peratus mempunyai tugas kedua.

Wednesday, April 7, 2010

Makin ramai wanita merokok percaya boleh kuruskan badan


Kadar peningkatan bilangan wanita yang merokok sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Antara sebab yang menjadikan bilangan perokok wanita semakin bertambah adalah kerana percaya bahawa dengan merokok, ia mampu mengawal berat badan selain untuk menguruskan badan.

“Mengikut kajian yang kita buat, memang kebelakangan ini bilangan penghisap rokok di kalangan wanita meningkat dan ini satu trend yang membimbangkan.


“Tanggapan menyatakan bahawa menghisap rokok ini dapat kuruskan badan adalah tidak berasas,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang ingin tahu mengenai trend wanita merokok yang dilihat semakin meningkat kebelakangan ini.

Liow berkata wanita yang mempunyai kepercayaan sedemikian seharusnya merujuk kepada klinik atau hospital bagi mendapatkan bimbingan kaunseling yang lebih tepat mengenai kesan buruk daripada tabiat tersebut terhadap kesihatan.

Menjawab soalan asal Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai langkah mengatasi kegemukan melampau yang menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit, beliau berkata jururawat dan penolong pegawai perubatan juga telah diberikan kuasa untuk memainkan peranan memberikan perkhidmatan kaunseling diet pemakanan dan aktiviti fizikal kepada orang ramai.

“Kita tidak lagi menghadkan aktiviti memberi kaunseling kepada pegawai perubatan sahaja seperti sebelum ini bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan berkaitan pengurangan berat badan di klinik kesihatan kerajaan,” katanya.

Katanya langkah lain ialah dengan melibatkan penempatan 172 pakar perubatan keluarga di 151 klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.

“Ini bagi membolehkan individu obes yang turut mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan jantung mendapatkan rawatan pakar dengan mudah,” katanya.

Tuesday, April 6, 2010

Sotong Masak Kunyit lak



Bahan-bahan ( 4 orang makan )
4-5 ekor sotong - bersihkan dan dipotong
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukupnya
serbuk lada secukupnya
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat2
hirisan cili merah secukupnya
minyak utk menumis
Cara-cara Sotong tadi digaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada. Kalau boleh jangan bagi sotong berair sangat. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Bila dah panas, tumis bawang putih sampai naik bau.
Masukkan sotong dan kacau sebentar. Kalau rasa nak tambah kuah, masukkan sedikit air. Tapi air dari sotong tu akan keluar jugak so agak2 byk mane nak tambah air.
Masukkan bawang besar and hirisan cili merah. Tambah kan garam jika perlu. Tak perlu masak lama sgt, nnt sotong jadi keras.
Siap dan hidangkan.

Monday, April 5, 2010

Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus


Mungkin inilah puding yang sedap dan paling mudah nak dibuat. Bahan-bahannya murah dan mudah didapati. Cara membuatnya juga mudah. Sesuai untuk dijadikan bahan hidangan oleh para gadis untuk menjamu bakal mertua. Sebabnya ialah ia gerenti jadi punyalah, insya’allah. Kata orang Johor, kalau tak jadi juga, bukan salah bahan-bahannya, tapi sebab salah tangan tak bedung!. Hehehe… Inilah resepi canggih tu;

Bahan-bahan

Telur (saiz besar) 7 biji
Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
Gula Pasir 3 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Tepung Kastard 2 sudu besar
Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Cara membuatnya

Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
... Sape yek dulu suke buat kuih nie???....

Sekadar berkongsi...

bukan nak perlekeh... cume sekadar berkongsi...