Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Pekerja 2010


"Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi"
dipilih sebagai tema rasmi sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010

Kepada semua sahabat yang di Ijarah dan yanng bukan Ijarah dah,
selamat meraikan cuti sempena hari pekerja,
selamat bercuti sempena meraikan orang yang bekerja bercuti

Monday, April 26, 2010

Sunday, April 25, 2010

Kek Coklat lembap


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 ½ cawan gula ( di kisar )
1 cawan air sejuk/ais
5 biji telur ayam ( gred a )
250 gram butter 1 camca baking powder
1 camca soda bikarbonat
3 camca susu pekat ( di bancuh dgn air ais )
1 camca essen vanilla

Cara:
1.Tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat, dan serbuk koko di ayak bersama-sama.
2.Putar butter bersama gula hingga menjadi kembang dan berwarna putih gebu.
3.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis.Putar lagi sehingga bahan-bahan tadi menjadi lebih kembang dan sebati.
4.Selepas itu masukkan pula bahan-bahan yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit bersalang-seli dengan air sejuk/ais yang telah di bancuh dengan susu pekat tadi.Putar hingga sebati.
5.Masukkan adunan tadi ke dalam bekas pembakar dan bakar di atas dapur gas dengan menggunakan periuk kek.

Friday, April 23, 2010

Ciri-ciri pemimpin Islam


Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:

1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.

2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.

3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4 . Melaksanakan hukum Allah.

5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,


" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."


Beginilah syakhsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini.Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.

Thursday, April 22, 2010

GAMBAR DARI JEDDAH KE MEKAH 2010


DUNIA MAKIN MENGHAMPIRI KIAMAT...INSAFLAH WAHAI MANUSIA SEKALIAN!!!!!

Nampaknya benarlah kiamat itu semakin hampir, Nabi s.a.w. pernah bagi tahu yang petanda dunia hampir kiamat ialah tanah-tanah Arab yang asalnya gurun & padang pasir kering kontang, tiba-tiba ditumbuhi rumput & pohon-pohon yang subur
.

PEMANDANGAN DARI JEDDAH KE MADINAH

YANG DIAMBIL PADA 13/1/2010













NAUZUBBILAH MIN ZALIK

SEDARLAH KITA SEMUA MANUSIA DI AKHIR ZAMAN

Tuesday, April 20, 2010

Rehat sejenak melihat Keindahan ciptaanNya

Betul kata orang, negara Jepun adalah antara negara yang mempunyai panorama indah..Negara moden tapi menjaga tradisi yang semulajadi....selamat berehat....
Japanese Garden, Portland, Oregon
The Sacred Bridge, Daiya River, Nikko, Japan
Mount Fuji, Japan
Zao National Park, Yamagata Prefecture, Japan
Imperial Palace, Tokyo, Japan
Himeji Castle, Himeji, Japan
Heian Shrine, Kyoto, Japan
Grand Gate, Itsukushima Shrine, Miyajima, Japan
Cherry Blossoms, Ninna-Ji Temple Grounds, Kyoto, Japan
Kintai Bridge, Yamaguchi Prefecture, Japan
Garden Staircase in Kyoto, Japan

Bamboo_Forest,Arashiyama Park,Kyoto,Japan

Monday, April 19, 2010