Monday, March 29, 2010

KFH, PM bincang tambah pelaburan



KUALA LUMPUR 29 Mac - Delegasi tertinggi Kuwait Finance House (KFH) Group mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang mengenai pertambahan pelaburan firma kewangan itu di Malaysia.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohammed Sulaiman Al Omar.

Perbincangan melibatkan pelan KFH untuk mempelopori penubuhan universiti bertaraf dunia di Medini Iskandar, Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia).

Mohammed Sulaiman berkata, KFH Group komited memainkan peranan penting dalam membangunkan projek hartanah di rantau Asia-Pasifik dan juga memperkenalkan produk inovasi kewangan Islam.

''Sebagai bank Islam kedua terbesar di dunia, KFH mengukuhkan komitmen kepada strategi perniagaan dengan mengambil kesempatan terhadap peluang di Malaysia dan menjadi rakan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

''Kami juga teruja dan berminat dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan Perdana Menteri. KFH akan selalu menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian kewangan berasaskan syariah untuk perniagaan serta pelaburan dan kami kekal positif terhadap tinjauan Malaysia,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Pada 2005, KFH Group telah menubuhkan Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd. (KFHMB) yang merupakan bank Islam asing pertama diberikan lesen di Malaysia.

Tambah Mohammed Sulaiman, visi KFH adalah menjadikan Malaysia sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan di rantau Asia Pasifik.

Pada 2008, KFHMB mengetuai konsortium untuk melabur hampir AS$329 juta (RM1.08 bilion) di Medini Iskandar melalui Medini Central Sdn. Bhd.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KFHMB, Jamelah Jamaludin berkata, pihaknya berada di kedudukan terbaik untuk menerima manfaat daripada suasana ekonomi yang semakin pulih.

''Di peringkat dalaman, kami fokus untuk meningkatkan kebolehan pengurusan risiko dan memberi tumpuan semula terhadap strategi perniagaan dan pelaburan.

''Modal yang bersamaan dengan AS$650 juta (RM2.15 bilion) menjadikannya bank Islam terbesar di Malaysia daripada segi modal dan menyediakan peluang kami untuk mengembangkan portfolio,'' katanya.

... kite tumpang seronok....

No comments:

Post a Comment