Tuesday, March 30, 2010

Sampai bila harus begini?

Mayat janin dalam balang gula-gula


KUALA LUMPUR 30 MAC- Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.
Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini.
Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam.
_________________________________________________
Isu buang bayi yang semakin menular hari ini, kononnya mendapat perhatian sesetengah pihak. Namun, ia tidak seperti yang diwar-warkan. Ia hanyalah gimik semata-mata. Ia berdasarkan beberapa bukti :

1. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu penzinaan tidak pula dilihat.

2. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu pembunuhan manusia tidak diselesaikan dengan cara Islam.

3. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan undang-undang Islam masih lagi diketepikan.

4. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan institusi pelacuran masih hidup

5. Dan banyak lagi.

Monday, March 29, 2010

KFH, PM bincang tambah pelaburan



KUALA LUMPUR 29 Mac - Delegasi tertinggi Kuwait Finance House (KFH) Group mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang mengenai pertambahan pelaburan firma kewangan itu di Malaysia.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohammed Sulaiman Al Omar.

Perbincangan melibatkan pelan KFH untuk mempelopori penubuhan universiti bertaraf dunia di Medini Iskandar, Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia).

Mohammed Sulaiman berkata, KFH Group komited memainkan peranan penting dalam membangunkan projek hartanah di rantau Asia-Pasifik dan juga memperkenalkan produk inovasi kewangan Islam.

''Sebagai bank Islam kedua terbesar di dunia, KFH mengukuhkan komitmen kepada strategi perniagaan dengan mengambil kesempatan terhadap peluang di Malaysia dan menjadi rakan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

''Kami juga teruja dan berminat dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan Perdana Menteri. KFH akan selalu menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian kewangan berasaskan syariah untuk perniagaan serta pelaburan dan kami kekal positif terhadap tinjauan Malaysia,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Pada 2005, KFH Group telah menubuhkan Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd. (KFHMB) yang merupakan bank Islam asing pertama diberikan lesen di Malaysia.

Tambah Mohammed Sulaiman, visi KFH adalah menjadikan Malaysia sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan di rantau Asia Pasifik.

Pada 2008, KFHMB mengetuai konsortium untuk melabur hampir AS$329 juta (RM1.08 bilion) di Medini Iskandar melalui Medini Central Sdn. Bhd.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KFHMB, Jamelah Jamaludin berkata, pihaknya berada di kedudukan terbaik untuk menerima manfaat daripada suasana ekonomi yang semakin pulih.

''Di peringkat dalaman, kami fokus untuk meningkatkan kebolehan pengurusan risiko dan memberi tumpuan semula terhadap strategi perniagaan dan pelaburan.

''Modal yang bersamaan dengan AS$650 juta (RM2.15 bilion) menjadikannya bank Islam terbesar di Malaysia daripada segi modal dan menyediakan peluang kami untuk mengembangkan portfolio,'' katanya.

... kite tumpang seronok....

Kalau Kelantan boleh kenapa negeri lain x boleh?


Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.



...utk lelaki/ remaja bujang...


...utk gadis/ remaja wanita...

...utk keluarga...

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.














...kan cantik wajib pakai tudung ngan sarong tangan ...

Sunday, March 28, 2010

10.10.10


Tengah dok sembang2 selepas kenduri rumah Kak Ani... tetiba keluar cerita pasal staf ijarah yang Insya Allah akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan staf ijarah jugak ...sebelum majlis anak Kak Ani iaitu pada 10.10.10... wah cantik tue nombor ... boleh 'book' no ni kat 'bank' nazim...

boleh ke cam tue????

tapi yang pastinya pada tarikh tue terlalu banyak makan nasik minyak...silap2 xleh nak memenuhi undangan... apa punharapnya segala urusan dipermudahkanNya.

Majlis Pertunangan Anak Kak Ani

Alhamdulillah pada tanggal 27 Mac baru-baru ini... Kak Ani selamat menunangkan anak bongsunya disuatu majlis yang diadakan di rumahnya di Tmn Garden Avenue Seremban 2... majlis yang bermula sekitar jam 12.30 tghr turut dihadiri oleh saudara mara kedua2 belah pihak...

.. Ijarah diwakili oleh Ayu & Lia (bdk prctical) juga Pn Asliah sekeluarga walaupun menjadi tetamu terakhir yang hadir tiba sekitar jm 3.30 ptg dengan exora putihnya... katenye mengikut highway LEKAS... tp tak berapa lekas la... lewat dlm 15 minit drp Amri sekeluarga tiba...

Insya Allah Pn Mohaini akan melangsungkan majlis perkahwinan anakandanya pada 6 Nov 2010 (sabtu) selepas Deepavali di dewan Seremban 2... harapnya segala perjalanan utk membina sebuah masjid dipermudahkan dan diberkati Ilahi. Aminnn....

Thursday, March 25, 2010

Demo Di Kedutaan Sweden

Fuhh.. panas sungguh ikut Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden di ibu negara bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW. Nasib baik boss paham dia bagi green light masuk lambat sikit lepas solat jumaat.

baru nak mulakan perarakan drp Masjid Tabung Haji

sekitar 2k-3k org yg turut serta

Berhimpun di kedutaan Sweden di Bgnn OSK

Sahabat..


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Wednesday, March 24, 2010


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba..Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

Tuesday, March 23, 2010

Dalam Kenangan



harapnya biar dimana kita bekerja (keje kat umah pun) jangan lupa kekawan...

soksek-soksek



korang le tue....

Monday, March 22, 2010

Latihan Praktikal tak comprehensif?


Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pelajar terbabit bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat persediaan memasuki pasaran kerja.

... ke budak yang buat practical kat Ijarah yang gie report.. ye la report kat Pn Aini pasal tak puas hati ngan sorang Manager baru tue... xde actions taken... naik pangkat lagi ade... terus gi report kat MEF....
...yang manager tue pun satu... sian le budak tue... name pun budak... saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ...

X staff Ijarah bertunang?


Tahniah diucapkan kepada ..... kerana dikhabarkan (dari sumber yang dipercayai) telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan bakal pasangan hidupnya...

senyap-senyap dia... atau mungkin mengikut setengah ulama tidak menggalakkan diumumkan pertunangan. Kerana ia boleh mengundang hasad dengki oleh manusia yang jahat hati. Sabda Nabi SAW: "Minta tolonglah untuk ditunaikan hajat2 dengan cara merahsiakannya. Kerana setiap nikmat itu didengki padanya". HR Tabarani.

alah mesti korang boleh teka lah sape... dlm ramai2 yg dah bergelar x ijarah... berapa org je yg tak kahwin...

Berapa lama nak bertunang?... kita org dah tak sabar nak g makan nasik minyak nie... jauh pun x kisah (alamak tersasul lak)...

Sunday, March 21, 2010

Murtabak Di Raja Pekan

Terima Kasih dekat Zulaiha Alwi kerana belanja gua sekeluarga di restoran Murtabak Mengkasar... dan terima kasih kepada Manager Mimi Suryana kerana jemput gua sekeluarga makan... (mujur tak pergi kenduri kahwin)
Tapi gua makan yang biasa je RM6.00 ... kalu nak cube special (lebih telur) RM8.00... semalam (ahad) keluar dlm Jalan-Jalan Cari Makan TV3...
So kalu nak try boleh cari alamat ni
MURTABAK MENGKASAR 12-A, JALAN RAMPAI NIAGA 4, MEDAN NIAGA RAMPAI,

Wednesday, March 17, 2010

Seni seorang Ustaz

Profile :Nama : Ustaz Azhar Idrus (Penceramah Bebas)
Lokasi : Kuala Terengganu,Terengganu
Gear : Nikon D3 , Canon 5D , Canon 40D
Lens : Nikkor 85mm f1.4 , 70-200mm f2.8, 35mm f2




















Dalam dok sibuk-sibuk dengan camera... masih ade waktu untuk Agama dan Ummah... pelbagai lagi koleksi hasil seorang Ulama'... layari...
http://www.digitalmukmin.com

Monday, March 15, 2010

cuti bersalin 90 hari...???

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyokong permintaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang mahukan kerajaan menambah bilangan hari cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.
Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan akan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memastikan saranan tersebut dapat direalisasikan.
"Memang wujud kekangan daripada pihak majikan jika perkara ini direalisasikan tetapi mereka (majikan) perlu lihat perkara ini dari sudut positif.
"Ini kerana jika tempoh cuti ini dipanjangkan, mereka sebenarnya menggalakkan para ibu menyusu sendiri bayi mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko bayi sakit," katanya.
Selain itu, beliau berkata perkara tersebut turut memberi kelebihan kepada majikan apabila tempoh cuti bersalin selama 90 hari itu mampu mengembalikan keyakinan pekerja mereka untuk meninggalkan bayi masing-masing di rumah dan kembali bekerja dengan lebih efisien.


"Tetapi para ibu juga perlu sedar tempoh tiga bulan tersebut bukan tempoh untuk mereka 'berbulan madu' sebaliknya gunakan ia untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan bayi mereka," katanya.

Apa lagi... cepatlah rebut peluang nie...

Sunday, March 14, 2010

Tahniah....

Waduh..waduh..waduh... dengar cite Cik Mimi kita dah dinaikkan pangkat kepada MANAGER last week... sekalung tahniah diucapkan... takkan naik pangkat je.. mesti naik gaji...boleh la belanje Murtabak Pak Din...

*korang rase mane satu mimi???... (jange maroh)...

Puteri Amirah Najwa


Selepas hampir tujuh bulan dikurniakan baby perempuan Amirah Najwa, baru semalam Amri bersedia memperkenalkan anaknya itu kepada pihak media.

Amri yang pernah dikatakan mahu menyorok anaknya daripada umum bagaimanapun mempunyai alasannya sendiri.

"Tidak pernah terniat hendak sorokkan anaksaya," jelas Amri membuka bicara tentang kisah di sebalik cerita dia ingin menyorokkan anaknya dari pihak media.

* copy paste dari berita Ziana Zain....





Thursday, March 11, 2010

Majlis Pertunangan Anak Kak Ani


Insya Allah Puan Mohaini akan melangsungkan Majlis Pertunangan anak bongsunya pada 27 Mac 2010 (Sabtu) bermula jam 1-3 petang di rumahnya di Seremban (kat mane dah tak ingatlah jalan)....
Saya dijemput sekeluarga untuk majlis tersebut... so apa lagi... kite konvoy la... nak tumpang pun boleh....

PON...PON... EXORA NAK LALU...


BLR naik 5.8%

Pada mesyuaratnya 4 Mac 2010, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus. Kadar terendah dan tertinggi koridor OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2 peratus dan 2.50 peratus. Maka secara puratanya bank-bank di Malaysia telah menaikkan BLR kepada 25 mata asas.

Semua bank di Malaysia (termasuk Agrobank) telah mengumumkan kenaikkan BLR mereka kepada 5.80% daripada 5.55%.


Jadi kepada rakyat Malaysia yang nak beli kereta Malaysia (Proton/ Perodua) secara automatik interes rate naik kepada 4.0 plus plus... kalu dulu kereta Malaysia 3.75% so now 4.0++% . Yang pakai loan conventional pulak monthly pmt naik le sikit...

* Ijarah profit charges tak naik ke?

Wednesday, March 10, 2010

Dengar cite....

Dengar cite dari sumber yang boleh dipercayailah ade sorang staff Ijarah nak sambar Exora Putih... betul ke? katenye dah bayar dah booking cume tgh tunggu keta keluar showroom aje...

So yang lain-lain bile nak tukar ke exora? boleh tubuh club baru nie... pada yang naik keta KIA tue... kire sorg2 je lah... nak tubuh club ahli lain xde....

Floor Stock Terakhir...?

Dengar cerita ini kereta Floorstocking facility terakhir bersama dengan Seyakin?

Kereta Exora H-Line ini dibeli selepas Kak Nor (Pengurus Seyakin) menawarkan discount sebanyak RM2.5k pada asalnya kemudian digenapkan kepada RM3k setelah lebih 4 bulan kereta itu berada di showroom. sume dah complete cume GPS sampai sekarang x dapat2 lagi.


Monday, March 8, 2010

Puteri Amir

Name : Arisya Elzahra binti Amir Syahizal Azwari (2 kpg IC ni)

Tarikh : 10 Feb 2010 (Rabu)

Berat Masa Lahir: 3.075 kg

Tempat Lahir : Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Lokasi skrg : Umah nenek dia di Kuantan.

.... tak tau la sape punye genetic yg kuat...???

Sunday, March 7, 2010

Amri & Amir

Name gelaran : Amir / Amri
Tempat Kerja : Corporate Banking/ Operational Risk
HQ, Agrobank.
Email : syahizal@agrobank.com.my/ yuamrizaily@agrobank.com.my


*gambar masa jamuan raya Agrobank kat Restoran Seri Melayu Jln Conley.

...macam pernah ku pergi je tempat nie... tapi bile ye...?

Bile Nak Pi Picnic?

Lama dah rasenya dok planning nak bakar-bakar ayam ... xde sape-sape ke yg volunteer nak jd "kepala"??.. apa kate org yg umah dia dekat dengan tempat air terjun?





Friday, March 5, 2010

Salam Pada Semua









Salam pada semua kekawan yang masih di Ijarah atau yang dah bergelar Ex-Ijarah...


Saje je create nie supaya senang nak chat sesame kita... tak kire dok mane pun... bukit antarabangsa ke... dok rumah jaga anak ke... dok dekat Ireland pun boleh joint same...