Sunday, April 25, 2010

Kek Coklat lembap


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 ½ cawan gula ( di kisar )
1 cawan air sejuk/ais
5 biji telur ayam ( gred a )
250 gram butter 1 camca baking powder
1 camca soda bikarbonat
3 camca susu pekat ( di bancuh dgn air ais )
1 camca essen vanilla

Cara:
1.Tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat, dan serbuk koko di ayak bersama-sama.
2.Putar butter bersama gula hingga menjadi kembang dan berwarna putih gebu.
3.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis.Putar lagi sehingga bahan-bahan tadi menjadi lebih kembang dan sebati.
4.Selepas itu masukkan pula bahan-bahan yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit bersalang-seli dengan air sejuk/ais yang telah di bancuh dengan susu pekat tadi.Putar hingga sebati.
5.Masukkan adunan tadi ke dalam bekas pembakar dan bakar di atas dapur gas dengan menggunakan periuk kek.

No comments:

Post a Comment