Friday, April 16, 2010

Setiap hari lelaki Malaysia kahwin wanita Indonesia dari Sumatera


MEDAN: Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.


Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu Bernama, bahawa pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.

Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri asal masing-masing," kata Ismail.

Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.

Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.

Ismail berkata, pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.

"Ramai calon isteri mereka merupakan janda yang sudah beranak dan wanita-wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya.

No comments:

Post a Comment