Monday, May 31, 2010

MUTIARA IMAN: ANGKAT TINGGI SYARIAT ALLAH



Firman ALLAH SWT : Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila ALLAH dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus bagi mereka)mempunyai hak pemilihan ketetapan sendiri mengenai urusan mereka .” (Surah Ahzab:36)

Ulasan Ayat :

1. Tiada nikmat ALLAH sehebat iman dan Islam. Apabila hamba dapat memiliki kedua-duanya dan mengamalkannya maka dia telah memiliki segala kebaikan dunia dan akhirat.

2. Setiap insan yang telah mengakui bahawa Tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH, maka dia dikira sebagai orang Islam dan wajib MENGIKUT SYARIAT ALLAH serta mengimani apa yang telah diajarkan oleh islam melalui Nabi SAW.

3. Sebagai seorang Islam bukan semata-mata pada nama, malah seluruh cara dalam kehidupan, samada perbuatan, pertuturan, penampilan semuanya mesti mengikut syariat. Malah kita dituntut untuk menjunjung tinggi syariat ALLAH.

4. Hukum syariat ALLAH hendaklah dijaga dan dipertahankan sekalipun perkara itu kecil, kemana sahaja kita pergi wajib menjalankannya pada bila-bila masa. Jika kita sebagai muslim tidak dapat memelihara tuntutan ajaran Islam maka tidak mustahil mereka yang tidak Islam dan kafir dengan sewenangnya mempermainkan Islam sehingga nama ALLAH dan RASUL menjadi bahan persendaan.

5. Islam yang kita anuti jelas dan zahir pada sikap dan peribadi kita, jika kita tidak mengamalkan Islam secara automatic akan terlihat kepincangan Islam sedangkan cukup sempurna dan hebat lagi tinggi disisi ALLAH.

6. Justeru itu, jika sekiranya solat kita masih ditinggalkan sempurnakanlah, aurat masih terbuka maka tutupilah ia, jika ada permusuhan dikalangan kita leraikanlah. Tinggikanlah Syariat ALLAH bermula daripada perkara asas yang wajib ditunaikan, selagi ianya masih tidak dilaksanakan maka akan terabailah segala syariat Islam yang lebih besar. Oleh kerana itu, manusia pada hari ini ramai yang terlibat pada perkara haram dan yang dilaknat adalah disebabkan tidak mengambil berat pada sekecil-kecil urusan syariatNYA. WALLAHU’ALAM.

Tuesday, May 25, 2010

NAK KURUSKAN BADAN????

Nak kuruskan badan? 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!

Sunday, May 23, 2010

IBU AYAH ADALAH LIABILITI???

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.



"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!"

Wednesday, May 19, 2010

MUTIARA IMAN: BERTAUBAT, BERIMAN, BERAMAL & BERUBAHLAH


Firman ALLAH SWT : Adapun orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, semoga dia termasuk dikalangan orang-orang yang beroleh keberuntungan . “ ( Surah Al-Qasas : 67 )


Ulasan Ayat :

1. Di dalam ayat ini menerangkan tentang keberuntungan seseorang setelah melalui proses taubat, iman dan beramal soleh.

2. Kita telah berada di awal tahun hijrah dan bakal menyambut kedatangan tahun baru mesehi, namun ada beberapa perkara penting yang perlu kita selusuri dalam menghadapi perubahan tahun pada kali ini.

3. Sambutan tahun baru bukan sekadar ucapan akan tetapi ianya hendaklah disambut melalui perubahan mental, fizikal dan spiritual yang sejajar dengan ajaran Islam, menjadikan diri lebih baik daripada sebelumnya.

4. Apabila bertambah tahun, bulan, minggu, hari, masa dan detik maka sebenarnya kita sedang menghampiri kepada saat perpisahan yang hakiki iaitu tarikh kematiaan kita, saat kemusnahan dunia iaitu kiamat dan kejayaan Islam di akhir zaman. Justeru itu, kesemua perkara ini perlu kepada kekuatan dan persediaan jasad dan ruh bagi mencapai kejayaan dan keuntungan sepertimana yang telah difirmankan oleh ALLAH SWT pada ayat di atas agar kehidupan kita tidak sia-sia.

5. Langkah pertama bagi mendapat keberuntungan pada setiap detik yang kita lalui, pertamanya kita hendaklah bertaubat atas segala dosa kita, setelah melalaui proses taubat dan mendapat keampunan, maka ketika itu terbitlah keimanan dan kita terhadap ALLAH sehingga kita yakin terhadap segala sesuatu dan kembali kepada ALLAH, dan setelah itu akan terciptalah amal soleh yang menzahirkan segala kebaikan dan cahaya ketenangan dari hati dan jasad kita. Maka ketika ini, kita dibilang oleh ALLAH sebagai orang yang beruntung. insyaALLAH.

6. Oleh itu, kita sudahpun berada pada tahun 1431 H dan bakal menempuhi tahun 2010 M, marilah kita sama-sama berusaha berhijrah dan berazam untuk membentuk hati dan diri agar menjadi baik dan lebih baik dari tahun sebelum ini. Persiapan dan persediaan kita untuk kita menempuh hari muka sangatlah suntuk, penuhilah setiap detik yang berlalu dengan ketaatan kepada ALLAH SWT agar akhir hayat kita ditutupi dengan HUSNUL KHATIMAH (PENUTUPAN YANG BAIK) . WALLAHU’ALAM

Tuesday, May 18, 2010

Jalan jalan sesat cari makan.......


nak share ngan kowang.....ni kopitiam melayu kat ampang.....bole try test....food dia not bad......dengor citer tokeh dia mula2 mintak franchise dgn old town white coffee....but was told that dorang cuma bagi franchise to chinese jek...so tokeh dia bran kan diri bukak kopitiam sendiri.....ok apa....kowang...nak hang out sini pun best....parking pun senang....akak try mee kari dia...superb! nasik dagang pun best...mee goreng pun sedap.... jom gi ngeteh?

Tuesday, May 11, 2010

LIVE FROM JOHOR


Di sebabkan ada beberapa permintaan untuk meng 'upload' current news dari johor (sebenarnya permintaan kakak tiri sorang jek).. maka disertakan gambar2 dari handphone yang tak berapa canggih nie.. bukan copy dari internet k..



ni gambar kenderaan yang dipandu setiap hari untuk pegi keje.. warna ape? pelangi kot.. alhamdulillah.. teringat dulu berebut2 naik lrt pagi2.. suasana yang memang tak rasa kat jb.. opis lima minit dari umah sewa...



sekarang dok menyewa kat bangunan tinggi nie..sebelah dengan stadium larkin.. tapi yang ni canggih.. de lif.. hehe.. tak mcm kat w.maju dulu..


Ni gambar anak sedara yang terlatest..alya hadira.. dah masuk 9 bulan..







gambar buah2an di atas adalah merujuk kepada dusun Wak Kamyon.. . so jemput la datang johor.. tengah musim nie


last but not least...botok2 feveret kak as.. baru siap kukus nie.. camne En Sahar.. nie la botok2nya...

Okies... rerasanya tu je la current news nye.. setelah beberapa bulan dok menetap di johor nie masih tak berapa arif jalan kat jb.. siap kena google maps lagi kalo nak carik tempat.. aduhai.. doakan yang terbaik untuk saya.. walhal sendiri kena doa jugak.. rindu pada kinokuniya, warung abc n kepok lekor bsn, makcik cleaner tingkat 8 tu, keny rodgers, guardian kat tunnel klcc, peria goreng mamak kat foodcourt...bla..bla..bla.. last sekali of course penghuni2 KIH.. :)

sekian.... wassalam..



Monday, May 10, 2010

MUTIARA IMAN: TIPS MENCAPAI KEMULIAAN


من كان يريد العزة فلله العزة جميعا

Firman ALLAH SWT : “ Barangsiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi ALLAH lah kemulian itu..” ( Surah Fatir : 10)

Ulasan Ayat :

1. Ayat di atas menerangkan tentang kemuliaan. Sesungguhnya kemuliaan adalah sifat ALLAH yang Maha Esa, dan ianya merupakan milik ALLAH.

2. Sebagai hamba kita juga boleh memiliki kemuliaan, namun kemuliaan kita selaku hamba bergantung kepada sejauhmana kita merendahkan diri kita terhadap ALLAH SWT, merasa diri hamba barulah kita akan dimuliakan ALLAH dan mendapat tempat dan kemuliaan di sisi makhlukNYA.

3. Kemuliaan terhasil setelah terbina amal dan takwa di dalam diri kita, dengan melaksanakan segala perintah ALLAH tanpa merasa jemu dan meninggalkan segala laranganNYA dengan penuh sabar.

4. Seseorang hamba tidak akan memperolehi kemuliaan jika terlibat dengan perkara dosa dan maksiat sekalipun memiliki pangkat dan darjat, sesungguhnya maksiat dan dosa adalah sebab kepada kehinaan. Kerana maksiat merupakan elemen yang meruntuhkan kemuliaan seseorang disisi ALLAH, apabila disisi ALLAH hina maka akan terhinalah dan hilanglah kehormatan seseorang itu dikalangan makhluknya.

5. Kita tidak perlu memberitahu atau menunjuk-nunjuk kebaikan, pangkat dan kehebatan kita kepada orang ramai, ini kerana kemuliaan diri kita akan semakin tinggi jika tinggi ketaatan, tawadu’, adab dan wara’ kita dengan ALLAH SWT.

6. Sesungguhnya orang yang tawadu’ dan merasa tidak ada apa-apa menjadikan dirinya diangkat tinggi sehingga sampai kepada tahap kemuliaan, sebaliknya orang yang merasa mulia diri dan memandang rendah terhadap orang lain akan dipandang hina dan rendah disisi manusia sekalipun zahirnya mulia. Berusahalah mendapatkan kemuliaan disisiNYA BUKAN disisi manusia.WALLAHU’ALAM

Sunday, May 9, 2010

Buat ibuku....

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mak ana. Seterusnya kepada isteri ana yang juga emak kepada anak-anak ana. Seterusnya lagi kepada adik beradik perempuan ana yang juga emak kepada anak-anak saudara ana. Seterusnya kepada semua wanita yang bergelar ibu walau di mana sahaja mereka berada. Semoga kehidupan ibu-ibu di muka bumi Allah ini mendapat berkat seterusnya redha Allah apabila dipanggil mengadapNya suatu hari nanti. Semoga ibu masuk syurga. Amien..



Selamat menghayati setiap aksara yang seterusnya ini..

Yang mengandungkan aku… mak
Yang melahirkan aku… mak
Yang menyusukan aku… mak
Sekolah pertama aku… mak
Rezeki pertama Allah berikan kepadaku di alam rahim…. darah mak
Khasiat pertama membentuk dan menguat tulang temulangku…. kalsium mak
Makanan pertama yang masuk ke mulutku setelah dilahirkan… susu mak
Sentuhan pertama yang membelaiku…. tangan mak
Keindahan dunia yang pertama aku kenal… senyuman mak
Seterusnya
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang…. mak
Bila nak bermanja, aku dekati….. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanyalah….. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan…. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. mak
Bila bengang, aku suka luah pada…. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku…. mak
Yang selalu puji aku….. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri……
Bila seronok, aku cari…. pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada…. pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat…. pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. mak

Bila nak bercuti, aku bawa…. pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine…. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada……….
MAKKKKK… RINDU MAK, RINDU SESANGAT….

Ketika mak masih ada….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….?
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..?
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….?
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..? .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…?
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….?
dan akhir sekali bila mak dijemput pergi
berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…..?

Thursday, May 6, 2010

Selamat Hari Ibu

Tidak kira macam mana keadaan sekali pun mereka adalah kanak-kanak yang tak berdosa. Kepada yang mempunyai anak, jaga mereka sebaik-baiknya. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai harga.



“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

Tuesday, May 4, 2010

Relax jap!!!


SELAMAT HARI IBU

Monday, May 3, 2010

Jangan lupa 9 Mei 2010 ini

Setiap tahun pada bulan Mei hari ahad minggu kedua dunia akan merayakan satu sambutan khas untuk memperingati jasa para Ibu... SELAMAT HARI IBU....




Kasih mu hingga ke syurga... Ibu....

Akta Sewa Beli Islam dirangka


Kerajaan bercadang mewujudkan satu akta sewa beli baru yang mengambil kira ciri-ciri Islam, dikenali sebagai Akta Sewa Beli Islam.

Langkah itu diambil memandangkan ciri-ciri sewa beli Islam tidak sesuai untuk digabungkan di bawah Akta Sewa Beli sedia ada yang mengandungi ciri-ciri sewa beli konvensional.

“Cadangan akta baru tersebut sedang dalam proses penyediaan draf dan beberapa siri konsultasi bersama pihak institusi kewangan dan Majlis Penasihat Syariah telah diadakan bagi penyedian draf akta tersebut,” kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Negara.

Draf akta tersebut dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

Sunday, May 2, 2010

MUTIARA IMAN: BERITAHULAH : “ aku kasih padamu ”


Daripada Miqdam Bin Ma’di Kariba RA, Nabi SAW bersabda : “ Apabila seseorang insan mengasihani saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihaninya.” ( Riwayat Abu Daud dan Al Tirmizi )


Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW menganjurkan kepada kita supaya menyatakan rasa kasih kepada saudara seislam yang kita kasih dan sayang.

2. Perbuatan ini akan meyemarakkan lagi hubungan ukhuwah yang terjalin sesama saudara kita, teman kita, rakan kita, lebih-lebih lagi terhadap seseorang yang selayaknya kita nyatakan rasa kasih seperti kepada ibu bapa kita, suami isteri, murid dan gurunya. Namun ianya perlu di jaga, menyatakan rasa kasih ini bukan sewenangnya hingga kita berbuat sesuatu yang terlarang dalam Islam dengan menyatakan rasa kasih pada seseorang yang tidak halal bagi kita (bukan mahram).

3. Kekuatan ummat Islam adalah terletak kepada ukhuwah dan kesatuan hati, andai ianya lemah maka akan lemahlah binaan kesatuan ummat Islam. Sebagai mengukuhkan hubungan persaudaraan ini kita digalakkan untuk memberitahu pada saudara kita bahawa kita kasih padanya kerana ALLAH.

4. Adakalanya seseorang teman, keluarga, sesama saudara dsb tidak mengetahui bahawa kita mengasihinya dan mengambil berat terhadapnya, begitu juga sebaliknya. Dengan cara melafazkan dan meluahkan maka akan menambah rasa senang hati dan terlerailah rasa perasangka buruk di hati kita terhadapnya. Jika ada terselit rasa benci, marah mahupun dendam maka tepadamlah segala sifat mazmumah tersebut.

5. Jika ada dikalangan kita yang bersengketa, leraikanlah, jika ada yang masih menaruh perasaan dendam terhadap saudaranya, hilangkanlah, dan andai wujud permusahan dan rasa benci bunuhlah perasaan itu, semuanya kerana cintakan ALLAH dan Nabi SAW.


6. Oleh itu, sama-samalah kita bina dan memupuk ukhuwah yang sihat sesama saudara seislam, sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Setelah kita berkasih sayang kerana ALLAH, maka akan mudahlah segala urusan kehidupan kita di dunia dan akhirat.WALLAHU’ALAM.

~dengarkan lagu KASIH SAYANG dari Inteam ft Allahyarham Ustaz Asri disini


Saturday, May 1, 2010

DEKLARASI 1 MEI

Hari Pekerja, 1 Mei 2010 yang menjadi lambang kebangkitan kaum Pekerja terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita untuk menyuarakan dengan kuat dan jelas iaitu:

1. RAKYAT MALAYSIA BANTAH CUKAI GST. CUKAI GST MEMISKINKAN RAKYAT !
Di samping itu, tuntutan-tuntutan lain kaum pekerja ialah:

2. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui Cukai GST

3. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah

Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera - Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM 0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.

5. Cuti Bersalin 90 hari untuk pekerja wanita.

6. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.

7. Pengiktirafan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.
8. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.

9. Hak saksama kepada pekerja migran dan Pelarian dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak Majikan, PDRM, RELA dan Imigresen.

10. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .

11. Sediakan atau Laksanakan Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli/dimiliki, lokasi strategik dan selesa untuk golongan yang berpendapatan rendah.

12. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.

13. Laksanakan Polisi ekonomi yang tidak mengira kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.

14. Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.

15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

16. Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.

Ditandatangani bersama
1. Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)
2. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
3. Persatuan Sahabat Wanita
4. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
5. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
6. Alaigal
7. Community Development Centre ( CDC)
8. Civil Society Committee of LLG Cultural Development Centre
9. Persatuan Penduduk Taman Muhibbah
10. Penggerak Belia Zon 23 MPSJ
11. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section
12. Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+).
13. Lawyers for Liberty
14. PERSAHABATAN SEMPARUTHI, JOHOR
15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
16. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor ( Empower)
17. Centre for Orang Asli Concern ( COAC)
18. Pusat Komas
19. PERSATUAN MASYARAKAT SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (PERMAS)
20. Centre for Independent Journalism (CIJ)
21. Migrant Care
22. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
23. Health Equity Initiatives (HEI)
24. Women Aid Organisation (WAO)
25. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
26.Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia (SPFUUM)
27.Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPFUSM)
28.Student Progressive Front New Era Collage (SPFNEC)
29.Gerakan Maju Mahaisswa Universiti Putra Malaysia (GMMUPM)
30.Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia (PBTUSM)
31.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
32.Student Reserved Unit (S.E.R.U)
33. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu
34. All Women's Action Society (AWAM)
35. People Service Organisation (PSO)
36. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
37. Sisters In Islam (SIS)
38. Kesatuan Gupply Plastic
39. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
40. Food Not Bombs (FNB)
41 Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia(GAMIS)
42. Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY)
43. SUARAM
44. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
45. Community Action Network

Berani Nampak!!!

Seorang pemuda U**O dengan berani matinya mengugut untuk membunuh TG NIK ABDUL AZIZ dan sanggup dikenakan hukuman gantung untuk itu. Mengucap dik oiii…..Sekarang ni orang suka-suka hati jer nak bunuh-bunuh orang. Hey, dunia-dunia.

Dengarnya Facebook lelaki ini telah ditutup gara-gara komen dia pada wall FB tu la..haa..bahana nya FB ni…pandai-pandai la korang manfaatkannye..dah semakin menjadi-jadi…Aritu pasal Rafiqin…sekarang muncul pulak orang ini.