Monday, May 3, 2010

Akta Sewa Beli Islam dirangka


Kerajaan bercadang mewujudkan satu akta sewa beli baru yang mengambil kira ciri-ciri Islam, dikenali sebagai Akta Sewa Beli Islam.

Langkah itu diambil memandangkan ciri-ciri sewa beli Islam tidak sesuai untuk digabungkan di bawah Akta Sewa Beli sedia ada yang mengandungi ciri-ciri sewa beli konvensional.

“Cadangan akta baru tersebut sedang dalam proses penyediaan draf dan beberapa siri konsultasi bersama pihak institusi kewangan dan Majlis Penasihat Syariah telah diadakan bagi penyedian draf akta tersebut,” kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Negara.

Draf akta tersebut dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment