Ulasan Ayat :
1. Di dalam ayat ini menerangkan tentang keberuntungan seseorang setelah melalui proses taubat, iman dan beramal soleh.
2. Kita telah berada di awal tahun hijrah dan bakal menyambut kedatangan tahun baru mesehi, namun ada beberapa perkara penting yang perlu kita selusuri dalam menghadapi perubahan tahun pada kali ini.
3. Sambutan tahun baru bukan sekadar ucapan akan tetapi ianya hendaklah disambut melalui perubahan mental, fizikal dan spiritual yang sejajar dengan ajaran Islam, menjadikan diri lebih baik daripada sebelumnya.
4. Apabila bertambah tahun, bulan, minggu, hari, masa dan detik maka sebenarnya kita sedang menghampiri kepada saat perpisahan yang hakiki iaitu tarikh kematiaan kita, saat kemusnahan dunia iaitu kiamat dan kejayaan Islam di akhir zaman. Justeru itu, kesemua perkara ini perlu kepada kekuatan dan persediaan jasad dan ruh bagi mencapai kejayaan dan keuntungan sepertimana yang telah difirmankan oleh ALLAH SWT pada ayat di atas agar kehidupan kita tidak sia-sia.
5. Langkah pertama bagi mendapat keberuntungan pada setiap detik yang kita lalui, pertamanya kita hendaklah bertaubat atas segala dosa kita, setelah melalaui proses taubat dan mendapat keampunan, maka ketika itu terbitlah keimanan dan kita terhadap ALLAH sehingga kita yakin terhadap segala sesuatu dan kembali kepada ALLAH, dan setelah itu akan terciptalah amal soleh yang menzahirkan segala kebaikan dan cahaya ketenangan dari hati dan jasad kita. Maka ketika ini, kita dibilang oleh ALLAH sebagai orang yang beruntung. insyaALLAH.
6. Oleh itu, kita sudahpun berada pada tahun 1431 H dan bakal menempuhi tahun 2010 M, marilah kita sama-sama berusaha berhijrah dan berazam untuk membentuk hati dan diri agar menjadi baik dan lebih baik dari tahun sebelum ini. Persiapan dan persediaan kita untuk kita menempuh hari muka sangatlah suntuk, penuhilah setiap detik yang berlalu dengan ketaatan kepada ALLAH SWT agar akhir hayat kita ditutupi dengan HUSNUL KHATIMAH (PENUTUPAN YANG BAIK) . WALLAHU’ALAM
No comments:
Post a Comment