Wednesday, June 30, 2010

MUTIARA IMAN: DOA NABI SAW MOHON PERLINDUNGAN

Daripada Zaid Bin Arqam RA, NABI SAW bersabda : YA ALLAH ! Daku mohon berlindung dengan ENGKAU daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak kenyang (berpuas hati) dan doa yang tidak mustajab.” (Riwayat Muslim)


Ulasan Hadis :

1. ALLAH SWT sangat gemar mendengar permintaan dan permohonan daripada hamba-hambaNYA. Kita boleh meminta apa sahaja yang kita mahu daripadaNYA. Sesungguhnya ALLAH SWT berkuasa memberi setiap permintaan hamba-hambaNYA.

2. Oleh yang demikian, sekalipun kita mempunyai doa dan hajat tersendiri, NABI SAW juga ada mengajarkan kepada kita beberapa doa yang sangat baik untuk kita amalkan.

3. Sesungguhnya apa sahaja yang datang daripada NABI SAW merupakan wahyu daripada ALLAH SWT, bukan daripada nafsu dan kehendak NABI sendiri. Malah NABI SAW diberi kelebihan mukjizat “jawami’ul kalim” yang bermaksud, perkataan NABI SAW terhimpun berbagai makna dan maksud yang tepat untuk difahami dan tidak ada ruang untuk dipertikaikan daripada setiap perkataan BAGINDA SAW.

4. Kita digalakkan untuk mengamalkan seberapa banyak yang termampu daripada peninggalan dan sunnah NABI SAW, termasuklah doa-doa yang telah NABI SAW sampaikan kepada kita di akhir zaman ini, kerana tersimpan berbagai rahsia dan kelebihan mengamalkan segala sesuatu yang telah ditinggalkan oleh BAGINDA SAW.

5. Hebatnya khazanah doa yang telah NABI SAW tinggalkan buat kita, apabila diamati makna dan kehendaknya sesuai untuk dipohonkan oleh kita semua, dan sememangnya doa inilah yang sangat perlu kita pohonkan, BAGINDA telah mengetahui bahawa perkara-perkara inilah yang sering melanda kita selaku ummatNYA.

6. Sesungguhnya ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak mustajab semuanya penyebab kepada kesukaran untuk kita kita jalani kehidupan sebagai seorang hamba untuk mendapat ketenangan dan kebahgiaan di dunia ini, lalu bagaimanlah keadaan kita untuk mencapai kebahgiaan di akhirat kelak.WALLAHU’ALAM.

Tuesday, June 22, 2010

CARA DIDIK ANAK

Sahabat-sahabatku…


Mendidik anak memang bukan mudah. Mereka bukan alat permainan yang boleh dialih, diubah dan sebagainya. Anak dilahirkan adalah berdasarkan fitrah. Mereka akan membesar mengikut persekitaran.

Hadis Abu Hurairah katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong? (Riwayat Muslim)

Mengikut hadis di atas, anak dilahirkan dalam keadaan yang suci, terpulang kepada ibubapa bagaimana mahu mencorakkannya.., maka corakkanlah mereka dengan cara yang diredhai Allah.

Pesanan Saidina Ali r.a :

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh merosakkan akhlak.


Moga berjaya mencuba mendidik anak-anak kita.

Monday, June 21, 2010

KELEBIHAN BULAN REJAB

KELEBIHAN BULAN REJAB






Perbincangan sekitar kesohihan hadis " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku "



Setiap kali datangnya bulan rejab, kita sentiasa di hidangkan oleh sebahagian ustaz-ustaz dalam ceramah dan kuliah mereka tentang kelebihan bulan ini. Begitu juga dengan dada-dada akhbar. Tetapi mungkin kita juga pernah terdengar suara–suara yang mempertikaikan kesahihan fadhilat bulan ini.



Di antara hadis yang sering di utarakan tentang kelebihan bulan rejab ini ialah hadis daripada Abi Said al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku ". Hadis ini banyak dicatatkan dalam kitab-kitab jawi melayu. Tetapi apakah pandangan ulamak-ulamak hadis tentang kesahihan hadis ini?



Di sini saya akan menaqalkan kedudukan hadis ini pada pandangan muhaddisin (ulamak-ulamak hadis) tentang hadis ini. Pandangan para muhaddisin ini saya naqalkan daripada risalah “Izharul Ajbi Fi Bayaani Bida' Syahri Rajabi”, karangan Syeikh Aqil bin Muhammad. Antara mereka ialah :



1. Al-Iman Ibnu Jauzi. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Al-Maudhuuat" (hadis-hadis palsu). Beliau telah memasukkan hadis ini dalam kitab beliau tersebut dan menyebut : Hadis ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. jilid 2, m/s 206



2. Imam Al-Suyuti. Beliau telah mengarang kitab "Al-Laali' al -Masnu'ah Fil Ahadis al-Maudu'ah" iaitu satu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab tersebut. Jilid 2 , m/s 114.



3. Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Tabyiinul Ajbi Bima Warada Fi Fadhli Rajabi"- (bererti menyatakan kehairanan dengan apa-apa (hadis) yang menyebut tentang fadhilat bulan rejab). Beliau memasukkan hadis ini dalam bukunya tersebut dan menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.



4. Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau juga telah menyatakan dalam kitabnya "al-Manarul Munif" bahawa hadis ini adalah palsu. m/s 95



5. Ibnu Iraq al-Kinani, pengarang kitab "Tanzihus Syari'ah", satu kitab yang juga menghimpunkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab beliau, jilid 2, m/s 92. Imam as-Soghani juga menyatakan hadis ini adalah palsu. Ini adalah antara yang disebut oleh Syeikh Aqil dalam risalah tersebut.



Antara ulamak yang menganggap hadis ini palsu ialah Imam Al-Syaukani dalam kitabnya "Al-Fawaidul Majmu'ah". Kitab ini juga adalah kitab himpunan hadis-hadis palsu. Muhammad bin Basyir al-Azhari juga menyatakan dalam muqaddimah kitabnya “Tahzirul Muslimin” tentang kepalsuan kelebihan bulan rejab ini. Kitabnya juga adalah himpunan hadis-hadis palsu. Daripada pernyataan para ulamak hadis tadi, jelaslah kepada kita bahawa palsunya hadis tentang kelebihan bulan rejab. Berkata Al-Hafiz al-Iraqiy : "Dan tidak ada satu pun hadis yang sahih mengenai fadilat bulan rejab".

Tetapi perlu diingatkan supaya janganlah kita sekali-kali berhenti beribadat dalam bulan rejab dengan sebab risalah ini, kerana itu adalah reaksi yang tidak bijak dan merugikan, sebaliknya yang perlu dihentikan hanyalah anggapan kita terhadap kelebihan bulan tersebut. Dan yang paling penting ialah janganlah kita sama-sama membuat atau menyebarkan pembohongan terhadap Rasululllah s.a.w .

Akhir sekali, saya sudahkan risalah ini dengan kata-kata Imam Nawawi: "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.

Disediakan oleh: Tuan Mohd Safuan Bin Tuan Ismail, Sarjana Muda Universiti Mu'tah, Korak , Jordan .

Dipetik Daripada: http://tasekpauh.blogspot.com

Sunday, June 13, 2010

DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128



رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
SURAH ALI-IMRAN AYAT 38


رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)


DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL

SURAH TAHA AYAT 1-6


طه
1. Ta Ha

مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,

إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)

تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens

الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne


لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil



DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.


AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41


رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.


Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128


Doa agar anak2 mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41


Doa melembutkan hati anak2 yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6


Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

Monday, June 7, 2010

MUTIARA IMAN: JANGAN TAMAK & PANJANG ANGAN-ANGAN


Daripada Anas Bin Malik berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan.” ( Riwayat Bukhari )

Ulasan Hadis:

1. Di dalam Hadis Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita tentang 2 perkara yang perlu kita elakkan. Iaitu tamak dan angan-angan.

2. Tamak merupakan sifat yang tercela, sifat ini adalah sifat manusia yang tidak pernah merasa cukup dan puas dengan apa yang dimiliki, dan mereka ini boleh disifatkan sebagai orang yang tidak bersyukur.

3. Angan-angan ialah perbuatan yang menyebabkan seseorang itu tidak berada di alam realiti dan ianya hanya berada di alam fantasi, iaitu alam yang tidak kesampaian disamping ianya juga membazir masa semata-mata. Dan angan-angan juga adalah racun dan musibah kehidupan yang tidak ada manfaatnya.

4. Seseorang yang tamak dan panjang angan-angan termasuk di dalam golongan yang rugi dan boleh mengheret manusia ke lembah kerosakan dan keresahan. Berkata Zunnun Al Misri seorang Ulama Sufi : “ Yakin mendorong kepada pendek angan-angan, sedangkan pendek angan-angan membawa kepada zuhud. Sifat zuhud mewarisi hikmah dan hikmah pula mewarisi berfikir tentang akibat.”

5. Oleh itu, kita hendaklah mengantikan sifat tamak kepada sifat merasa cukup dengan apa yang ada, mengikut kepada keperluan dan hajat, dan kita gantikan sifat berangan-angan dengan perkara yang lebih bermanfaat dengan memikirkan perkara-perkara yang menambah baik hubungan kita dengan ALLAH SWT.

6. Justeru, janganlah kita merugikan diri kita sendiri, segeralah menjauhi sifat tamak dan panjang angan-angan yang membawa kita jauh daripada ALLAH, apabila jauh dengan ALLAH maka akan terbukalah ruang-ruang maksiat yang menjadikan kita hamba yang dihinakan. NAUZUBILLAH. WALLAHU’ALAM.

Tuesday, June 1, 2010

PACE kesal pelaburan Coca-Cola di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mac - Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecah tanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku pada saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan masjid. Tindakan rejim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang pada masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang daripada memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubung kait antara pembukaan kilang Coca-Cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-Cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-Cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-Cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan rejim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-Cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui rejim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-Cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-Cola dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-Cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-Cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz pada 18 Oktober 2005, Coca-Cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-Cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) Properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, Masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-Cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah-ruah dan penuh keberkatan daripada Allah subhanahu wataala.

GAMBAR YANG PALING AKU SUKA..


... dalam byk2 gamabr demo pasal kutuk serangan keatas LL4G di San Francisco... yang nie aku paling suka....