Wednesday, June 30, 2010

MUTIARA IMAN: DOA NABI SAW MOHON PERLINDUNGAN

Daripada Zaid Bin Arqam RA, NABI SAW bersabda : YA ALLAH ! Daku mohon berlindung dengan ENGKAU daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak kenyang (berpuas hati) dan doa yang tidak mustajab.” (Riwayat Muslim)


Ulasan Hadis :

1. ALLAH SWT sangat gemar mendengar permintaan dan permohonan daripada hamba-hambaNYA. Kita boleh meminta apa sahaja yang kita mahu daripadaNYA. Sesungguhnya ALLAH SWT berkuasa memberi setiap permintaan hamba-hambaNYA.

2. Oleh yang demikian, sekalipun kita mempunyai doa dan hajat tersendiri, NABI SAW juga ada mengajarkan kepada kita beberapa doa yang sangat baik untuk kita amalkan.

3. Sesungguhnya apa sahaja yang datang daripada NABI SAW merupakan wahyu daripada ALLAH SWT, bukan daripada nafsu dan kehendak NABI sendiri. Malah NABI SAW diberi kelebihan mukjizat “jawami’ul kalim” yang bermaksud, perkataan NABI SAW terhimpun berbagai makna dan maksud yang tepat untuk difahami dan tidak ada ruang untuk dipertikaikan daripada setiap perkataan BAGINDA SAW.

4. Kita digalakkan untuk mengamalkan seberapa banyak yang termampu daripada peninggalan dan sunnah NABI SAW, termasuklah doa-doa yang telah NABI SAW sampaikan kepada kita di akhir zaman ini, kerana tersimpan berbagai rahsia dan kelebihan mengamalkan segala sesuatu yang telah ditinggalkan oleh BAGINDA SAW.

5. Hebatnya khazanah doa yang telah NABI SAW tinggalkan buat kita, apabila diamati makna dan kehendaknya sesuai untuk dipohonkan oleh kita semua, dan sememangnya doa inilah yang sangat perlu kita pohonkan, BAGINDA telah mengetahui bahawa perkara-perkara inilah yang sering melanda kita selaku ummatNYA.

6. Sesungguhnya ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak mustajab semuanya penyebab kepada kesukaran untuk kita kita jalani kehidupan sebagai seorang hamba untuk mendapat ketenangan dan kebahgiaan di dunia ini, lalu bagaimanlah keadaan kita untuk mencapai kebahgiaan di akhirat kelak.WALLAHU’ALAM.

No comments:

Post a Comment