Sahabat-sahabatku…
Mendidik anak memang bukan mudah. Mereka bukan alat permainan yang boleh dialih, diubah dan sebagainya. Anak dilahirkan adalah berdasarkan fitrah. Mereka akan membesar mengikut persekitaran.
Hadis Abu Hurairah katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong? (Riwayat Muslim)
Mengikut hadis di atas, anak dilahirkan dalam keadaan yang suci, terpulang kepada ibubapa bagaimana mahu mencorakkannya.., maka corakkanlah mereka dengan cara yang diredhai Allah.
Pesanan Saidina Ali r.a :
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh merosakkan akhlak.
Moga berjaya mencuba mendidik anak-anak kita.
Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment